Tuesday, January 25, 2011

lama nya tidak ke sini......

Assalamualaikum...

Lama nya saya tidak membersihkan blog ni dengan entri2 buku terbaru... bukan tak ada dalam koleksi buku2 yang baru...tapi ini la silap saya...mengabaikan... ada beberapa buku yang bagus yang ingin saya kongsikan dengan pembaca semua nanti...Insyallah



Tuesday, May 25, 2010

Sedang Baca - Dasyatnya Doa Ibu


Buku terbitan PTS Millennia sdn bhd
tulisan syamsuddin noor

antara intipati nya:

* Menyingkap Dasyatnya Doa Ibu

* Bukti Dasyatnya Doa Ibu

* Manfaat dan Kelebihan Doa Ibu

* Berbakti dan Berdoa Selepas Ibu Tiada

* Akibat Buruk Menderhaka kpd Ibu

baru half way baca buku ni....mmg patut kita miliki...panduan sepanjang hayat



Tuesday, April 27, 2010

Indahnya Hidup Bersyariat - Ismail Kamus







salam semua
buku di atas adalah merupakan koleksi buku 'utk dijual' terbaru yg ada pd saya
merupakan siri fardu ain ke2 yang sy jual
mengandungi 308 halaman bercetak
berkulit keras dan berkaler keseluruhanya

Kandungan:
bab 1 - Syariat Kelahiran

bab 2 - Pendidikan Awal Kanak-Kanak

bab 3 - Syariat Berkaitan Remaja

bab 4 - Fardu Ain Asas
*bersuci
*solat
*solat berjemaah
*puasa
*zakat
*haji
*umrah
*sembelihan
*korban

bab 5 - Munakahat (hukum Perkahwinan)

bab 6 - Syariat Dalam Bermasyarakat

bab 7 - Syariat Sunat Harian Sepanjang Masa

Dengan ini saya menjemput anda yang berminat untuk mendapatkan buku ini dengan
harga istimewa seperti dibawah

harga asal buku rm55

1 - 5(biji) = rm50

6 - 10(biji) =rm47

11 - 50(biji) =rm45

50 keatas =rm43



anda berminat?......sila hubungi saya Shita,019-9876422

jika anda seorang Bos....buku ini sesuai utk disedekahkan buat pekerja2 anda
(..jika mereka beramal...anda pun mendapat 'sahamnya'..insyallah..)

jika anda seorg peniaga..boleh juga dihadiahkan buat 'regular customer' anda

jika anda guru koperasi sekolah....blh jdkan buku ini salah satu item

jika anda guru perpustakaan sekolah... boleh usulkan kepada pihak sekolah untuk jadikan sebagai buku rujukan

jika anda seorg kawan...boleh juga dihadiahakn sbg hadiah hari lahir..

jika anda sedang tercari2 biz sampingan.......tak salah kalau memulakan dengan buku ini

jika anda terfikir2 untuk meninfaqkan sebahagian dari rezeki yg Allah ta'ala kurniakan....apa kata jadikan buku ini sebahagian dr perbelanjaan nya kerana diluar sana masih ramai yg memerlukan ilmu fardu ain ini..

- boleh disalurkan buat Saudara Baru (mualaf) melalui PERKIM

-boleh disalurkan buat anak2 yatim

-kaum keluarga kita

-jiran2

- sebagai buah tangan majlis2 tahlil, bacaan yasin, majlis perkahwinan dll


terlalu byk untuk difikirkan...semoga membawa manfaat utk kita

Buku Asas-Asas Fardu Ain - Sulaiman Endut




Salam
ini adalah merupakan entry susulan mengenai buku di atas
juga terdapat disebelah kanan blog ini (layout)

ada sedikit info tambahan untuk sesiap yang berminat
atas sambutan yang menggalakkan untuk siri buku asas-asas fardu ain ini
maka dengan ini saya akan letak kan 'benchmark' harga utk
sesiapa yang berminat mendapatkan nya.

saya juga ingin menjemput mana-mana individu atau badan2 yang
berkaitan yang mana berhajat untuk mendapatkan
sedikit rm (duit poket) - individu
dana (tabungan) - badan2 yang berkaitan
bagi membeli seterusnya mengedarkan buku2 ini.

harga yg ditawarkan: harga asal buku rm16

1 - 5 (biji) = rm15

6 - 10 (biji) = rm14

11 - 50 (biji) = rm13

50 - 100(biji) = rm12

100 biji keatas = rm10


anda berminat?......sila hubungi saya Shita,019-9876422

jika anda seorang Bos....buku ini sesuai utk disedekahkan buat pekerja2 anda
(..jika mereka beramal...anda pun mendapat 'sahamnya'..insyallah..)

jika anda seorg peniaga...juga blh dihadiahkan buat pelanggan
(ex buyer; seorg penjual kereta mewah di ktrg..menjdkan buku ini sbg salah satu hadiah buat pembeli kereta dengan beliau..alhamdulillah)

jika anda guru koperasi sekolah....blh jdkan buku ini salah satu item

jika anda guru perpustakaan sekolah... boleh usulkan kepada pihak sekolah untuk jadikan sebagai buku rujukan

jika anda seorg kawan...boleh juga dihadiahakn sbg hadiah hari lahir..

jika anda sedang tercari2 biz sampingan.......tak salah kalau memulakan dengan buku ini

jika anda terfikir2 untuk meninfaqkan sebahagian dari rezeki yg Allah ta'ala kurniakan....apa kata jadikan buku ini sebahagian dr perbelanjaan nya kerana diluar sana masih ramai yg memerlukan ilmu fardu ain ini..

- boleh disalurkan buat Saudara Baru (mualaf) melalui PERKIM

-boleh disalurkan buat anak2 yatim

-kaum keluarga kita

-jiran2

- sebagai buah tangan majlis2 tahlil, bacaan yasin, majlis perkahwinan dll


terlalu byk untuk difikirkan...semoga membawa manfaat utk kita

Saturday, April 24, 2010

Koleksi Majalah yg Berjaya di L.E.G.O !!!


3,4 hari lepas saya berjaya meNYAHkan majalah2 yg dah lama menjadi koleksi selama ni
sbbnya....banyak buku2 yang dah tak leh masuk rak..
so ada yg kena berkorban!
yg terkorban...ialah gambo atas tu la

antara majalah yg terkorban...anis, nur,muslimah,solusi,usahawan,cleo,eh,libur,
majalah wanita,mingguan wanita,jelita,rapi,i-sihat,marie claire,perempuan, malaysian women weekly dan lain2 lg ...tak ingat ooo...lebih kurang 186biji kesemuanya

dan......dengan bangga nya semua majalah ni berjaya saya anugerahkan kepada
KAK FIDA & CUN09 (adik wadik ni)

.......tkasih neh comey 2 org ni...pas tgk2 majalah tu kalu wase hok
dok paka gawa tu...buang jer la deh...almaklum laaaa...
koleksi sejak dr zaman jahiliah dulu heheheh


Buku Agama


sarat dengan amalan harian yg PATUT kita tahu

Cook Books


antara dalam simpanan...panduan dan rujukan..
kata org ilmu harus di cari selagi hayat masih dibadan
gambar atas tu adalah antara koleksi buku2 masakan (kek,roti,biskut,lauk pauk dll)
sayang?? teramatlaaa syg nya kat buku2 ni
...ralik kalu sesekali lembang atah lantai.....


Buku Motivasi


...antara dalam simpanan....
buku terawal yg saya baca semasa mula menceburkan diri sepenuh masa dlm biz
ialah buku2 karya CHEF LI
byk perkara didlm nya..tak rugi melabur untuk ilmu

ada masa nanti saya akan ulas satu persatu buku2 di atas



Book store @ Lobby


sempat posing kat lobby hotel legend, kl
lepas check out...pusing2 jap lobi baru terperasan ada kedai buku situ
terus masuk n check lebih2 kurang buku pastu minta permission
dgn abe hansem situ nak snap gambo
ikut hati nak lepak lama lg.....tp m.a.s.a. tak mengizinkan


....akhirnya aku menulis lagi disini...........

salam....fuhh...dah 8bulan blog buku ni tak terjamah!........kalau nak dituliskan sbb nya....
banyak la kan.... tapi mulai sekarang dah tanam azam la...insyallah nak selalu2 jenguk sini lepas ni....

ikutkan mmg banyak nak masuk kan segala perihal buku kat sini... satu persatu neh..

Sunday, August 9, 2009

The Firm - John Grisham

Saya suka baca novel jenis penyiasatan..jenis fiction kureng skit!...ini baru je sampai by courier 4/8/09...baru je ni...baca pun blum sempat lagi..beli second hand book dari Shafie ..banyak yg dah saya baca buku2 John Grisham ni tapi semua nya pinjam kwn...ada trill skit bila baca buku investigation ni..

Sunday, July 26, 2009

Terima Kasih

Salam semua..terima kasih banyak2 saya nak ucapkan buat 13org pembeli pertama buku 'Asas-Asas Fardu Ain'.. iaitu buku jualan pertama dari mygreenred.... Alhamdulillah, syukur atas sokongan anda semua.. diharapkan dapat kita sama2 nikmati ilmu didalam nya dan sama2 mengamalkannya..insyallah

Friday, July 17, 2009

Asas Asas Fardu Ain



salam semua... saya perkenalkan buku jualan pertama dari mygreenred ... Asas Asas Fardu Ain karya Allahyarham Ustaz Sulaiman Endut.. mula dijual sekarang!!!harga cuma rm16..dan bagi yang nak mendapatkan nya secara courier tambahan cuma rm4 shj untuk perkhidmatan poslaju (pos malaysia)..jumlah mukasurat sebanyak 378ms...tak rugi rasanya mendapatkan satu copy buku ni untuk simpanan sbb terlalu banyak faedah nya..sama2 kita memperbaiki ibadat kita..insyallah...

berikut serba sedikit isi kandungan yang terdapat dalam buku ini...jom tgk tajuk2 nya ->

  1. Rukun Islam
  2. Rukun Iman
  3. Sifat 20
  4. Ringkasan mengenai Munafik, Musyrik, Kafir dan Murtad
  5. Hukum2 di dalam Islam (wajib, sunat, haram, makhruh, mubah)
  6. Thaharah (bersuci)
  7. Wuduk
  8. Hukum Mandi Wajib dan Mandi2 Sunat
  9. Najis dan Cara Menyucikannya
  10. Perkara yang Sunat dilakukan Sebelum Solat
  11. Solat
  12. Bacaan2 Dalam Solat
  13. Bacaan Wirid, Zikir Dan Doa2 Sesudah Solat
  14. Solat Jamaah
  15. Solat Jumaat
  16. Solat Qasar dan Jamak
  17. Solat Bagi Orang Yang Sakit
  18. Solat Jenazah
  19. Tahlil
  20. Solat Sunat (17 jenis solat sunat)
  21. Ibadah Puasa
  22. Ibadah Zakat
  23. Ibadat Haji
  24. Sembelihan
  25. Qurban
  26. Aqiqah
  27. Nikah (munakahat)
  28. Taubat dan Doa
  29. Adab2 Berdoa dan Senarai Doa (61 jenis doa pilihan)
  30. Adab Dlm Islam
  31. Bulan Hijrah dan Peristiwa yang Berkaitan
  32. Surah2 Quran (surah2 yg perlu dibaca setiap malam)
  33. Bibliografi
nah..rasanya complete juga isi kandungan nya ye..moga2 kita sentiasa berada di dalam keadaan 'belajar' insyallah..

sila berhubung dengan saya (shita 019-9876422) jika berminat..bg kawasan sekitar kuala terengganu, penghantaran secara percuma disediakan. tq

Monday, July 13, 2009

Pengurusan Diri

beli pada 22/06/07 ..sarat dengan petua dan doa yang baik untuk diamalkan.

Sunday, July 12, 2009

Assalamualaikum

Assalamualaikum..syukur ke hadrat ilahi kerana terhasilnya satu lagi blog... tapi ni bukan la blog kulinari ye...hmm...mcm mana nak cerita??...dulu masa zaman2 sekolah memang malas no baca buku...tapi sekarang ni bila dah abis zaman sekolah...dah jadi suka pulak baca buku.. so dalam blog 'mygreenred' ni saya akan kongsikan dengan anda semua koleksi buku2 kesayangan...mana tahu kat luar sana tu ada yang se spisis dengan saya ke kan...so kita boleh la share2 ye.. dan satu lagi kalau di izinkan Allah...saya juga akan menjual buku2 agama disini...akan saya updatekan dari masa ke semasa..